Monday 12 March 2012

10 & 11 MAC 2012 :Ribuan Warga EMAS bagi DUN BAYAN LEPAS dan BATU Maung mengambil sumbangan Penghargaan Buat warga EMAS

Selesai sudah Hari Penyampaian Rm 100 ( 10 & 11 Mac ) sumbangan penghargaan buat WARGA EMAS yg berbakti di zaman muda mereka untuk membangunkan negara tercinta ..Sumbangan Fasa 1 ini bermula 10 Mac sehingga 30 Mac .... selama 50 tahun kerajaan sebelum ini .. tiada apa-apa buat menghargai mereka ..kini setelah 4 tahun Pakatan Rakyat memerintah sudah 3 tahun mereka menerima sumbangan ini .. walaupun hanya Rm 100 setahun ..jika PRU 13 Pakatan rakyat mengambil alih MALAYSIA ...RM 1000 untuk warga EMAS seluruh malaysia...ini janji PR buat rakyat Malaysia .. TERIMA KASIH KERAJAAN NEGERI PAKATAN RAKYAT,terima kasih petugas2 N38 Bayan Lepas, Terima Kasih Team N37 Batu Maung ,Terima kasih seluruh 10 JKKK DUN BAYAN LEPAS and thanks you so much MAYBANK BUKIT JAMBUL staff for u'r support ... May ALLAH bless u all ALWAYS.







photo -photo lain boleh ke FB Rakyat Bayan Lepas...




Wednesday 15 February 2012

Tahniah dan syabas kepada 28 Pelajar Cemerlang UPSR 5A & PMR 8A 2011

11 Feb 2012 Taman Sungai Ara : Seramai 28 pelajar serta keluarga Pelajar Cemerlang UPSR 5A & PMR 8A 2011 disekitar DUN BAYAN LEPAS diraikan di Majlis Hi Tea & Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang KADUN N38 Bayan Lepas di Dewan Pagar Buluh Taman Sungai Ara yang dianjurkan oleh Pejabat Pegawai Penyelaras Kadun N38 Puan Hajjah Asnah Hashim dengan kerjasama UPU Taman Sungai Ara yg diketuai oleh Tuan Haji Rashdan yang juga merangkap sebagai YDP PAS Kawasan Bayan Baru .Sijil Anugerah Pelajar Cemerlang dan wang tunai RM 100.00 di sampaikan oleh Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu YB Abdul Malik Kassim dan juga Pegawai Penyelaras Kadun N38 Bayan Lepas .Ada diantara pelajar tidak dapat hadir kerana sudah berjaya memasuki MRSM dan sekolah berasrama penuh dan mewakili mereka sendiri adalah ibu bapa.Rata – rata ibu bapa dan pelajar mengucapkan terima kasih atas majlis meraikan kejayaan mereka .Tahniah dan Syabas di ucapkan dan semoga kejayaan pelajar-pelajar ini menjadi dorongan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan pada 2012.











Friday 3 February 2012

2 Program Besar di Pulau Pinang Februari ini ...


Sempena Lawatan Kerja Dato' seri Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi Awang  Ke Pulau Pinang pada 4-5 Februari  ... pelbagai aktiviti di isi bersama rakyat .
Diantaranya ...

Kar Pen Ter dan Majlis "Bersarapan/Minum Pagi bersama Presiden PAS" ini akan bermula jam 7.00 pagi, semua penduduk setempat dijemput hadir sama. Kemudian tuan Guru akan meneruskan lawatan ke Penaga (merasmikan Laman Ilmu Pekan Penaga), diikuti ke Lahar Kepar (melawat  bilik gerakan PAS cawangan) dan seterusnya ke Tasek Gelugor.link maklumat : http://penagadaily.blogspot.com/2012/02/restoran-bertuah-pada-5-feb-2012-ahad.html







Pada 7 Februari 2012 pula , Ceramah Bersama Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Bentara Setia Y .A .B Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 9.00 malam di DATARAN TELUK KUMBAR ...