Wednesday 15 February 2012

Tahniah dan syabas kepada 28 Pelajar Cemerlang UPSR 5A & PMR 8A 2011

11 Feb 2012 Taman Sungai Ara : Seramai 28 pelajar serta keluarga Pelajar Cemerlang UPSR 5A & PMR 8A 2011 disekitar DUN BAYAN LEPAS diraikan di Majlis Hi Tea & Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang KADUN N38 Bayan Lepas di Dewan Pagar Buluh Taman Sungai Ara yang dianjurkan oleh Pejabat Pegawai Penyelaras Kadun N38 Puan Hajjah Asnah Hashim dengan kerjasama UPU Taman Sungai Ara yg diketuai oleh Tuan Haji Rashdan yang juga merangkap sebagai YDP PAS Kawasan Bayan Baru .Sijil Anugerah Pelajar Cemerlang dan wang tunai RM 100.00 di sampaikan oleh Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu YB Abdul Malik Kassim dan juga Pegawai Penyelaras Kadun N38 Bayan Lepas .Ada diantara pelajar tidak dapat hadir kerana sudah berjaya memasuki MRSM dan sekolah berasrama penuh dan mewakili mereka sendiri adalah ibu bapa.Rata – rata ibu bapa dan pelajar mengucapkan terima kasih atas majlis meraikan kejayaan mereka .Tahniah dan Syabas di ucapkan dan semoga kejayaan pelajar-pelajar ini menjadi dorongan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan pada 2012.











Friday 3 February 2012

2 Program Besar di Pulau Pinang Februari ini ...


Sempena Lawatan Kerja Dato' seri Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi Awang  Ke Pulau Pinang pada 4-5 Februari  ... pelbagai aktiviti di isi bersama rakyat .
Diantaranya ...

Kar Pen Ter dan Majlis "Bersarapan/Minum Pagi bersama Presiden PAS" ini akan bermula jam 7.00 pagi, semua penduduk setempat dijemput hadir sama. Kemudian tuan Guru akan meneruskan lawatan ke Penaga (merasmikan Laman Ilmu Pekan Penaga), diikuti ke Lahar Kepar (melawat  bilik gerakan PAS cawangan) dan seterusnya ke Tasek Gelugor.link maklumat : http://penagadaily.blogspot.com/2012/02/restoran-bertuah-pada-5-feb-2012-ahad.html







Pada 7 Februari 2012 pula , Ceramah Bersama Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Bentara Setia Y .A .B Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 9.00 malam di DATARAN TELUK KUMBAR ...