Tuesday 25 October 2011

20 keluarga menerima sumbangan sempena Deepavali

24-25 OKT 2011 BAYAN LEPAS: Seramai 20 keluarga menerima sumbangan sempena Deepavali di sekitar DUN BAYAN LEPAS yang disampaikan sendiri oleh Cikgu Asnah Hashim bersama JKKK setempat ,muslimat PAS Kaw. Balik PULAU & Bayan Baru .Sumbangan ini adalah untuk keluarga yang kurang mampu serta ibu-ibu tunggal berbangsa India.Ada sebuah keluarga terharu dengan penyampaian ini kerana mereka baru kehilangan seorang suami dan juga ayah baru-baru ini di Gertak Sanggul,suasana sebak dan terharu dirasai oleh semua petugas. HAPPY DEEPAVALI ....

lagi gambar : http://www.facebook.com/media/set/?set=a.187532601327356.47828.100002118535743&type=1













40 orang pelajar dibawa BERIADAH, MEMANAH, BEREKREASI & Bermotivasi bersama JKKK Taman Perda dan MPPP







24 OKT 2011 Taman Botani : Suasana riang & ceria adik2 pelajar berprogram sehari di Taman Botani & Taman Belia mewarnai program BERSIH , HIJAU & SELAMAT anjuran Ahli Majlis MPPP En Iszuree , JKKK Taman Perda serta MPPP. Program yang bermula jam 8.00 pagi yang bermula di Taman Botani bagi mengenal kehijauan alam kebesaran kejadian ALLAH dengan udara yang nyaman dan segar . Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan di Taman Belia seperti mempelajari cara-cara memanah dan jungle tracking ,pada sebelah petang pula selepas makan berkelah di padang dan solat zohor di sambung dengan ceramah motivasi dengan konsep terbuka di sebuah dataran di hadapan tempat mandi manda ...setelah tamat inilah aktiviti yang di nanti - nanti oleh adik-adik peserta iaitu mandi manda di kolam buatan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri .semoga program ini memberikan satu kenangan ,pendidikan terhadap diri peserta dan membawanya pulang ... memang TERBAEK & MARVELOUS ....

lagi gambar http://www.facebook.com/media/set/?set=a.187385658008717.47795.100002118535743&type=1

Friday 21 October 2011

Banjir KILAT berulang kembali di PEKAN BAYAN LEPAS

18 OKT 2011 PEKAN BAYAN LEPAS : Limpahan air tanah dari bukit ( di puncak bukit yang mempunyai rumah Ganti di Kampung Bukit )menyebabkan banjir di sekitar Bayan Lepas ,ini adalah kejadian berulang yang dihadapi apabila hujan lebat dengar lah rintihan  tauke2 kedai & 2 buah rumah diluahkan kepada ADMIN .."YB Syed telah berjanji tetapi hanya ibarat tin KOSONG ...hampir 10 tahun sudah berkaitan aduan perparitan ....berapa lama perlu kami tanggung kerugian ??? kata penduduk berkenaan"















2 Keluarga yang sering menghadapi kesulitan ini mengatakan kali ini paling teruk dihadapi sehingga ada yang menimba air keluar dari rumah .isu ini telah dibawa oleh Cikgu Asnah (setelah menerima aduan ) ketika mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah sejak bulan MAC yang lalu ,lawatan bersama pegawai kerajaan telah dilakukan untuk mewujudkan satu projek  menyalurkan saluran terus ke sungai tanpa melalui kawasan yang rendah. Mohon pihak berwajib menyegerakan projek tersebut ....En Iszuree AHLI MAJLIS MPPP turut hadir mengadakan lawatan ke tempat banjir ..


lagi gambar http://www.facebook.com/media/set/?set=a.184721191608497.47145.100002118535743&type=1

Ucapan Takziah kepada En Hamidun sekeluarga ,pengusaha Restoran Ikan Semilang Kg Binjai atas pemergian isteri ke rahmatullah

22 OKT 2011 Kg Binjai : Pihak Pejabat Penyelaras KADUN N38, cikgu Asnah mengucapkan takziah En Hamidun  dan sekalung al Fatihah kepada isteri yang telah meninggal dunia pada 21 Okt 2011 Jumaat . Moga Arwah ditempatkan di kalangan orang di rahmati Allah .Untuk makluman ,Allahyarhamah baru sahaja kami kunjungi minggu lepas bersama Puan Rasimah Saudin yang tinggal hanya bersebelahan restoran tersebut ,keadaan amat menyedihkan dengan keadaan kaki allahyarham baru sahaja di potong disebabkan penyakit diabetes yang dialami , ada bisul pula di kepala,perasaan kami bertiga terharu dengan nya ditambah pula keadan En Hamidun mengalami strok hilang ingatan selepas aidilfitri yang lalu ,hanya beberapa perkataan sahaja yang boleh diingati beliau, selalunya kebanyakan lauk pauk di restoran adalah dari air tangan sendiri ..SABAR dan TABAH lah En Hamidun sekeluarga ..






Rakyat Bayan Lepas memenuhi ruangan Ceramah bersama Mat Sabu

12 OKT 2011 BAYAN LEPAS: Satu siri ceramah bersama Timbalan Presiden PAS , Tuan Mohamad Bin Sabu diadakan di perkarangan Rumah Pak Non Di Jalan Mahkamah Bayan Lepas mendapat sambutan rakyat sekitar, ceramah yang dimulakan oleh YDP Pas Kawasan Ust. Mohd Fauzi , Speaker Dun Dato Halim, Timbalan Pesuruhjaya PAS P.Pinang Ustaz Khalid Man , Pegawai Penyelaras Kadun Cikgu Asnah dan seterusnya Tuan Hj Mohamad Sabu mendapat perhatian dan penduduk masih tidak berganjak dari tempat duduk masing -masing hingga tamat ceramah tetapi di akhir ceramah ,beberapa tindakan  sabotaj dari pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menyembur cat ke kereta seorang Ahli Majlis MPPP,Tuan hj Rashid dan  menaburi paku-paku yang hampir sekilogram di kereta -kereta serta jalan -jalan masuk ke tempat ceramah, alhamdulillah usaha jahat ini dapat dikesan oleh Unit AMAL yang bertugas mengutip paku-paku tersebut .SYABAS UNIT AMAL ....








Rumah Ganti ATAS BUKIT sudah diarah pindah oleh Tuan Tanah








Satu lawatan bersama Cikgu Asnah, Ahli Majlis MPPP,En Iszuree , Penghulu Daerah ,En Suhaimi dan bersama Pegawai MPPP & JKR di buat pada hari ini Selasa 18 Okt 2011
berkaitan aduan yang dibuat oleh En Ishak Bin Wan Cik ( berpendapatan sebagai peniaga pisang goreng dan tinggal bersama -sama anak dan cucu seramai 7 orang ) pada Rabu 12 OKT 2011 di pejabat Pegawai Penyelaras KADUN N38 berkaitan rumah ganti yang disediakan oleh tuan tanah tidak selesa ,berdindingkan zink ,tiada bilik dan berisiko kepada tanah runtuh .lawatan ke lokasi telah pun dibuat pada sebelah petang setelah aduan dibuat tetapi rumah ganti masih dalam pembinaan tetapi pada hari Isnin 17 Okt 2011 tuan tanah telah mengarahkan tuan rumah berpindah ke rumah ganti tersebut dan rumah asal telah pun dipecahkan tanpa sebarang notis. 
Tak sampai seminggu RUMAH GANTI yg telah dipost  minggu lepas ,kini telah di arah pindah ,apa kan daya tuan rumah kini tinggal didalam rumah berdinding ZINK .rumah asal telah dirobohkan ...belum sempat berbincang dengan tuan tanah, tuan tanah terlebih dahulu bertindak ...



Thursday 13 October 2011

ADUAN RAKYAT :RUMAH DIGANTI TAPI BERDINDINGKAN ZINK BERADA DI PUNCAK TANAH RUNTUH !!

KG BUKIT BAYAN LEPAS 12 OKT 2011 Rabu 2.00 Petang  : Lawatan aduan rakyat  :Admin dan AJK JKKK melawat rumah ganti penduduk yg mengadu hal masalah rumah, mengadu hal bahawa tuan tanah telah menggantikan rumah baru untuknya tetapi Adakah rumah ini selesa ? ,berperikemanusiaan? dan selamat ?Persekitaran tanah runtuh hanya tak sampai sedepa ...BERDINDINGKAN ZINK BERADA DI PUNCAK TANAH RUNTUH !