Friday 21 October 2011

Ucapan Takziah kepada En Hamidun sekeluarga ,pengusaha Restoran Ikan Semilang Kg Binjai atas pemergian isteri ke rahmatullah

22 OKT 2011 Kg Binjai : Pihak Pejabat Penyelaras KADUN N38, cikgu Asnah mengucapkan takziah En Hamidun  dan sekalung al Fatihah kepada isteri yang telah meninggal dunia pada 21 Okt 2011 Jumaat . Moga Arwah ditempatkan di kalangan orang di rahmati Allah .Untuk makluman ,Allahyarhamah baru sahaja kami kunjungi minggu lepas bersama Puan Rasimah Saudin yang tinggal hanya bersebelahan restoran tersebut ,keadaan amat menyedihkan dengan keadaan kaki allahyarham baru sahaja di potong disebabkan penyakit diabetes yang dialami , ada bisul pula di kepala,perasaan kami bertiga terharu dengan nya ditambah pula keadan En Hamidun mengalami strok hilang ingatan selepas aidilfitri yang lalu ,hanya beberapa perkataan sahaja yang boleh diingati beliau, selalunya kebanyakan lauk pauk di restoran adalah dari air tangan sendiri ..SABAR dan TABAH lah En Hamidun sekeluarga ..






No comments:

Post a Comment