Friday 21 October 2011

Rumah Ganti ATAS BUKIT sudah diarah pindah oleh Tuan Tanah








Satu lawatan bersama Cikgu Asnah, Ahli Majlis MPPP,En Iszuree , Penghulu Daerah ,En Suhaimi dan bersama Pegawai MPPP & JKR di buat pada hari ini Selasa 18 Okt 2011
berkaitan aduan yang dibuat oleh En Ishak Bin Wan Cik ( berpendapatan sebagai peniaga pisang goreng dan tinggal bersama -sama anak dan cucu seramai 7 orang ) pada Rabu 12 OKT 2011 di pejabat Pegawai Penyelaras KADUN N38 berkaitan rumah ganti yang disediakan oleh tuan tanah tidak selesa ,berdindingkan zink ,tiada bilik dan berisiko kepada tanah runtuh .lawatan ke lokasi telah pun dibuat pada sebelah petang setelah aduan dibuat tetapi rumah ganti masih dalam pembinaan tetapi pada hari Isnin 17 Okt 2011 tuan tanah telah mengarahkan tuan rumah berpindah ke rumah ganti tersebut dan rumah asal telah pun dipecahkan tanpa sebarang notis. 
Tak sampai seminggu RUMAH GANTI yg telah dipost  minggu lepas ,kini telah di arah pindah ,apa kan daya tuan rumah kini tinggal didalam rumah berdinding ZINK .rumah asal telah dirobohkan ...belum sempat berbincang dengan tuan tanah, tuan tanah terlebih dahulu bertindak ...



No comments:

Post a Comment