Thursday 6 October 2011

ADUAN RAKYAT ISU PANTAI SUNGAI BATU : keprihatinan Exco Kerajaan Negeri turun padang

26 Sept 2011 Isnin Sungai Batu  : Email yang bertarikh  15 Sept  berkaitan  isu hakisan pantai ketika ombak bergelora dari Pegawai Penyelaras Kadun N38 Puan Hajjah Asnah Hashim mendapat perhatian  YB. Tuan Law Choo Kiang Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir untuk turun padang melawat ke tempat kejadian ,2 rumah rumah yang retak akibat hakisan pantai kini mendapat perhatian dan dinasihatkan untuk berpindah.Jabatan Pengairan & Saliran ( JPS ), Pejabat Daerah Barat Daya ,Ahli Majlis MPPP En Iszuree merangkap AJK Penyelaras Kadun dan JKKK Sungai Batu turut hadir dalam perbincangan bersama . Dimaklumkan juga pihak Pejabat Daerah dan PUZ ( Pusat Urus Zakat Pulau Pinang ) telah menyalurkan bantuan kepada tuan rumah yang terlibat bagi meringankan kesulitan yang di hadapi .

Cikgu Asnah menyampaikan sumbangan kerajaan negeri yang disalurkan melalui Pejabat Daerah









No comments:

Post a Comment