Tuesday 25 October 2011

40 orang pelajar dibawa BERIADAH, MEMANAH, BEREKREASI & Bermotivasi bersama JKKK Taman Perda dan MPPP







24 OKT 2011 Taman Botani : Suasana riang & ceria adik2 pelajar berprogram sehari di Taman Botani & Taman Belia mewarnai program BERSIH , HIJAU & SELAMAT anjuran Ahli Majlis MPPP En Iszuree , JKKK Taman Perda serta MPPP. Program yang bermula jam 8.00 pagi yang bermula di Taman Botani bagi mengenal kehijauan alam kebesaran kejadian ALLAH dengan udara yang nyaman dan segar . Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan di Taman Belia seperti mempelajari cara-cara memanah dan jungle tracking ,pada sebelah petang pula selepas makan berkelah di padang dan solat zohor di sambung dengan ceramah motivasi dengan konsep terbuka di sebuah dataran di hadapan tempat mandi manda ...setelah tamat inilah aktiviti yang di nanti - nanti oleh adik-adik peserta iaitu mandi manda di kolam buatan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri .semoga program ini memberikan satu kenangan ,pendidikan terhadap diri peserta dan membawanya pulang ... memang TERBAEK & MARVELOUS ....

lagi gambar http://www.facebook.com/media/set/?set=a.187385658008717.47795.100002118535743&type=1

No comments:

Post a Comment