Thursday 29 September 2011

Ceramah PERDANA di Stadium Bandaraya Pulau Pinang







17 Sept 10.30 : Selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Pas Kawasan Balik Pulau , Cikgu Asnah berserta YDP dan Timb. YDP PAS menghadiri Ceramah Perdana yang dipengerusikan oleh Bob Lokman ,ceramah yang disampaikan oleh pimpinan negeri dan didahului oleh Naib Presiden PAS YB Dato Husam Musa,Ustaz Khalid Man Timb Pesuruhjaya Pas Negeri, Dato Seri Anwar Ibrahim, menjadi fokus rakyat mengikuti ucapan sehingga jam 12 malam.Bunga api hampir 30 das mewarnai majlis penutup menambahkan semangat seluruh hadirin bagi mempertahankan kerajaan negeri pimpinan PAKATAN RAKYAT...

Rumah Terbuka PAS Kawasan Balik Pulau Meriah

17 Sept ,Dataran Teluk Kumbar 9.00 Malam : Hampir 500 tetamu mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri di dataran yang sering dijadikan tempat ceramah ,pelbagai juadah disediakan yang mewakili cawangan-cawangan  Pas Balik Pulau ,Ucapan YDP PAS Kawasan Ustaz Fauzi yang mewakili seluruh AJK PAS Kawasan & cawangan  Balik Pulau serta Cikgu Asnah di beri kesempatan  menyampaikan ucapan Hari Raya yang  sering dalam ucapannya memperingatkan amalan berjimat cermat serta menjaga keselamatan di musim perayaan .Tetamu yang hadir juga adalah Dato Speaker Dun Pulau Pinang , Tuan Haji Halim ,pengerusi-pengerusi JKKK setempat ,YDP Kwsn Bayan Baru Tuan Haji Rashdan serta  timbalan YDP Pas Kawasan Tuan Iszuree merangkap ahli Majlis MPPP dan saf kepimpinan setempat .









Menghadiri JAMUAN HARI RAYA jemputan Pegawai Penyelaras KADUN PULAU BETONG

17 Sept 2011,Titi Teras:





Monday 26 September 2011

Isu hakisan tanah di Pantai Sungai Batu kian membimbangkan

14 Sept 2011 RABU Sungai Batu:Satu lawatan tergempar telah diadakan pada  jam 3.30 petang,Cikgu Asnah Bt Hashim,Pegawai Penyelaras KADUN N38 Bayan Lepas   bersama  Tuan Mohamad Daud B.Abdul Majid, Pegawai Daerah & Tanah Barat Daya,Penghulu Kawasan, En.Farouk dan pegawai PUZ turun padang setelah menerima aduan dari pihak penduduk yang menetap di pantai Sungai Batu berkaitan keadaan 2 buah rumah kediaman retak .Untuk makluman  ,isu  hakisan ini adalah isu lama di kawasan berkenaan. Jarak hakisan telah menjangkau 10 meter kedaratan , kini jarak pantai telah mendekati ratusan kediaman penduduk –penduduk di kawasan tersebut . Perkara ini amat membimbangkan sekiranya tiada tindakan bagi menyelesaikan masalah tersebut seperti pembinaan benteng dan sebagainya.












Mesyuarat tergempar bersama penduduk Kg Binjai Berkaitan Isu Pemindahan





09 Sept 2011 Sabtu :Satu mesyuarat tergempar telah diadakan bagi membincangkan saman yang telah dikemukakan  oleh pemaju terhadap 43 pemilik rumah, mesyuarat ini yang dihadiri bersama YB Yusmadi ,Cikgu Asnah Hashim ,3 Ahli Majlis MPPP En Iszuree, En Sabri dan En Tahir serta Badan Bertindak Penduduk. Sebutan kes akan bermula pada 3,4,6 Oktober ini. Ini pengambilan tanah ini adalah berlaku sebelum 2008 lagi oleh pemaju, Beberapa persediaan telah diambil bagi menghadapi perbicaraan ini nanti.

09 sept :Ziarah jenazah seorang pelajar yang kemalangan di KG BINJAI





09 Sept 2011;Kemalangan motorsikal yang menimpa Allahyarham Adik Hafiz pelajar tingkatan 2 Sek.Men.Keb Batu Maung .Suasana sedih menyelebungi rumah allahyarham kerana masih terasa kehangatan aidilfitri . Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..

Riang Ria Aidilfitri di Mutiara Perdana 10 Sept 2011

10 Sept 2011 : Rumah Terbuka Aidilfitri Anjuran Surau Mutiara Perdana & JKKK Mutiara Perdana mengundang Cikgu Asnah Penyelaras Kadun Bayan Lepas ,Ahli Majlis MPPP En Iszuree,En Jamaludin TYDP Pas Kawasan Balik Pulau dan penduduk sekitar .Meriah dengan juadah Hari Raya ,erm sedap betul sate , bihun sup ,nasi impit ,lemang yg dibakar secara bergotong royong merapatkan ukhwah antara satu sama lain ,ikuti lensa sambutan Aidilfitri di Mutiara Perdana...








Thursday 22 September 2011

Penang Sejahtera 6 N38 :JAMUAN & SUKANEKA Aidilfitri 2011 KG Seronok

10 Sept 2011 KG Seronok : Sambutan Aidilfitri & Sukaneka 2011 mendapat sambutan penduduk & warga Dun Bayan Lepas yg dianjurkan bersama Pejabat Pegawai Penyelaras Kadun N38 Cikgu Asnah Hashim bersama JKKK Kg Seronok ,NGO Wanita Prihatin & PBSM dirasmikan oleh TKM1 Dato Mansor ,tetamu kehormat YB Dato Speaker Tuan Hj Halim ,YB Yusmadi Ahli Parlimen Balik Pulau ,Warga kerja Dalat International School dan Seluruh JKKK Dun Bayan Lepas.Pelbagai aktiviti menarik seperti Sukaneka Rakyat,pendaftaran warga emas,ibu tunggal dan cabutan bertuah telah disediakan..