Tuesday 24 January 2012

21 Januari 2012 :Taman Sg Ara Part 5. Ucapan GONG XI FA CAI

21 Januari 2012 :Taman Sg Ara Part 4. Ucapan GONG XI FA CAI



Disampaikan oleh Cikgu Asnah,Pegawai Penyelaras KADUN N38 Bayan Lepas,Tuan Haji Rashdan YDP Pas Kawasan Bayan Baru ,Dr Ooi Pengerusi Dewan Himpunan PAS Negeri P.Pinang serta AJK Kawasan , Muslimat & Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru. Ziarah GONG XI FA CAI ini membawa bersama 21 hamper dan angpau untuk Warga2 Emas dan mereka yang kurang kemampuan.

21 Januari 2012 :Taman Sg Ara Part 3. Sumbangan GONG XI FA CAI



Disampaikan oleh Cikgu Asnah,Pegawai Penyelaras KADUN N38 Bayan Lepas,Tuan Haji Rashdan YDP Pas Kawasan Bayan Baru ,Dr Ooi Pengerusi Dewan Himpunan PAS Negeri P.Pinang serta AJK Kawasan , Muslimat & Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru. Ziarah GONG XI FA CAI ini membawa bersama 21 hamper dan angpau untuk Warga2 Emas dan mereka yang kurang kemampuan.

Monday 23 January 2012

Majlis Sumbangan sempena Tahun Baru Cina 2012 Part 1; Dun Bayan Lepas



20 Januari 2012:3 ptg Dewan JKKK Bayan Lepas ;Sempena Tahun Baru Cina " NAGA" 2012 52 penduduk Bayan Lepas berbangsa Tionghua menerima sumbangan hamper dan angpau dari Kerajaan Negeri P.Pinang melalui peruntukkan Pegawai Penyelaras Kadun, sumbangan dari Speaker Dun Dato Halim, sumbangan beberapa syarikat swasta . Turut menghadiri majlis YDP PAS Kawasan Balik Pulau Ustaz Fauzi , Pengerusi DAP Parlimen Balik Pulau Mr Goh , Pengerusi JKKK Bayan Lepas Tuan Haji Rahim , Pengerusi JKKK Kg Bukit Tuan Hj Akhbar , Pengerusi JKKK Pekan Bayan Lepas En Harani , Pengerusi JKKK Teluk Kumbar En Rosmady, Pengerusi JKKK Bukit Gemuruh En Johari, Pengerusi JKKK Gertak Sanggul En Leong , serta AJK JKKK .Ini adalah aktiviti tahunan yg diadakan bagi setiap perayaan menjadi kebiasaan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan bagi menyambut Tahun Baru Cina 2012.

Thursday 19 January 2012

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2012 dari Cikgu Asnah Pegawai Penyelaras...



Ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2012 dari Cikgu Asnah Pegawai Penyelaras KADUN N38 Bayan Lepas " GONG XI FA CAI "

Saturday 14 January 2012

Sumbangan Dan Bantuan disalurkan kepada mangsa kebakaran Padang Asam Bay...



13 Januari 2012 Padang Asam Bayan Lepas: Lawatan YB Malik ADUN Batu Maung merangkap Exco Kerajaan Negeri , YB Sim ADUN Pantai Jerejak dan Pegawai Penyelaras Kadun N38 Bayan Lepas ke lokasi kebakaran menyampaikan rasa simpati dan juga sumbangan kerajaan Negeri.Ini membuktikan kebajikan dan keprihatinan terhadap rakyat dalam melalui kesusahan.

Kebakaran di Padang Asam Bayan Lepas yang berlaku 11 Januari 2012 part2



Chinese version;ditemuramah oleh wartawan

Kebakaran di Padang Asam Bayan Lepas yang berlaku 11 Januari 2012 part2



Chinese version;ditemuramah oleh wartawan

Kebakaran di Padang Asam Bayan Lepas yang berlaku 11 Januari 2012 part1



Kebakaran yang berlaku pada jam 4.00 petang yang melibatkan 2 buah rumah,Setelah dimaklumkan oleh Pejabat Daerah , Cikgu Asnah Pegawai Penyelaras KADUN N38 Bayan Lepas,Yb Sim ADUN Pantai Jerejak , Penghulu Kawasan Bayan Lepas En Suhaimi bergegas ke tempat kejadian ,juga beberapa pengerusi JKKK iaitu Pengerusi JKKK Bayan Lepas Tuan Hj Rahim , Pengerusi Pekan Bayan Lepas En Harani, Pengerusi JKKK Kg Bukit Hj Akbar , Pengerusi JKKK Kg Binjai En Basseri turut hadir ke tempat kejadian. Anggaran kerugian adalah dianggarkan RM 200,000,00..Sumbangan disampaikan oleh Cikgu Asnah iaitu bantuan kecemasan melalui sebanyak RM 300.00 bagi setiap keluarga dan pihak JKKK Bayan Lepas menyumbangkan RM 100.00 .Pihak Dun mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Bomba Bayan Baru dan Bomba sukarela Sri Tanjung yang berusaha memadamkan api....

N38 Bayan Lepas: 42 bayi " ANAK EMAS dari DUN BAYAN LEPAS menerima sumba...



Balik Pulau 1 Jan: Kerajaan Negeri memperuntukan RM5 juta kepada 20 ribu anak emas yang lahir sepanjang tahun 2011, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Peruntukan itu, katanya, diberikan tanpa ada apa-apa syarat.
Menurut beliau juga, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak mempunyai maksud yang tersembunyi di sebalik pemberian ini.

Pemberian tersebut bertujuan untuk memenuhi keperluan bayi yang sedang membesar dengan sihat dan cergas di samping meringgankan bebanan ibubapa.
"Mengikut rekod Jabatan Kesihatan Negeri bayi yang dilahirkan tahun 2010 di Hospital kerajaan dan swasta menjangkau 19,359 orang.

"Bermula Januari 2011 jumlah kelahiran pula ialah 17,965 orang. Dan, sehingga Jun 2011
seramai 1,348 anak emas telah berdaftar dan menerima saguhati tanda terima kasih semoga pembesaran bayi menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam berbagai bidang, " ujarnya ketika merasmikan majlis penghargaan anak emas di Dewan Balora Mastika pagi semalam.

Ibubapa kepada bayi yang diberikan anugerah patut bersyukur kerana melahirkan anak dengan selamat dan diharap pembesaran mereka memberikan kebanggaan yang tersendiri.

Semua program menjadi realiti di Pulau Pinang sebab prinsip yang ditunjukan oleh kepimpinan kerajaan berjiwa rakyat, tidak menyeleweng dan bersih tanpa unsur rasuah.
Generasi baru yang bakal menjadi pemimpin dan pelapis pada masa depan akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya rakyat terus memberikan mandat pada kerajaan sedia ada.

N38 Bayan Lepas :Majlis Sumbangan Uniform sekolah dari Pusat Urus Zakat ...



24 Dec 2011 ,Kg Binjai : Seramai 110 murid/pelajar sekolah rendah dan menengah menerima sumbangan yang disampaikan oleh Pegawai Penyelaras Kadun N38 Bayan Lepas Cikgu Hajjah Asnah Binti Hashim. Penerima bg Sekolah Rendah menerima voucher RM 100 dan beg serta satu set alat tulis ,bagi sekolah menengah pula menerima voucher Rm 120 dan beg serta satu set alat tulis.Voucer tersebut adalah membeli uniform serta peralatan hanyalah boleh diurusniagakan di Kamdar sekitar Pulau Pinang.Penerima adalah terdiri daripada anak-anak yatim dan dari keluarga yang kurang berkemampuan .Nama-nama penerima telah didapati dari 11 JKKK di Dun Bayan Lepas dan di kumpul kan oleh Pejabat Pegawai Penyelaras KADUN N38 .

N38 Bayan Lepas :Majlis Sumbangan Uniform sekolah dari Pejabat Ketua Men...



30 Dec 2011,Dun Bayan Lepas sekitar sungai Ara : Seramai 100 org pelajar menerima sumbangan uniform sekolah berupa Voucher Giant RM 100 dan ada juga yang menerima uniform sekolah bernilai RM 100 seorang dari 50 org penerima dari Peruntukkan yang disediakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan Lim Guan Eng dan 50 penerima dari peruntukkan KADUN N38 yang diselia oleh Puan Pegawai Penyelaras Kadun N38 Puan Hajjah Asnah Hashim.Sebahagiannya telah diserahkan di majlis yang telah diadakan di Dewan JKKK Sg Batu Teluk Kumbar pada 26 Disember yang lalu.