Monday 26 September 2011

Isu hakisan tanah di Pantai Sungai Batu kian membimbangkan

14 Sept 2011 RABU Sungai Batu:Satu lawatan tergempar telah diadakan pada  jam 3.30 petang,Cikgu Asnah Bt Hashim,Pegawai Penyelaras KADUN N38 Bayan Lepas   bersama  Tuan Mohamad Daud B.Abdul Majid, Pegawai Daerah & Tanah Barat Daya,Penghulu Kawasan, En.Farouk dan pegawai PUZ turun padang setelah menerima aduan dari pihak penduduk yang menetap di pantai Sungai Batu berkaitan keadaan 2 buah rumah kediaman retak .Untuk makluman  ,isu  hakisan ini adalah isu lama di kawasan berkenaan. Jarak hakisan telah menjangkau 10 meter kedaratan , kini jarak pantai telah mendekati ratusan kediaman penduduk –penduduk di kawasan tersebut . Perkara ini amat membimbangkan sekiranya tiada tindakan bagi menyelesaikan masalah tersebut seperti pembinaan benteng dan sebagainya.












No comments:

Post a Comment