23 April 2011 telah bermulanya sumbangan untuk warga EMAS yang mendaftar di seluruh Pulau Pinang buat kali 2 , walaupun hanya RM 100 sahaja , warga EMAS amat menghargai sumbangan tersebut dan ada menyatakan amat berterima kasih dan terharu atas sumbangan penghargaan tersebut , Cikgu Asnah sebagai Penyelaras DUN N38 Bayan Lepas dan bersama YB Haji Malik ADUN Batu Maung telah bersama menanti ketibaan warga emas pada jam 8.00 pagi ,bagi warga Emas yang tidak sihat boleh mewakilkan anak mereka dengan menggunakan borang B dan perlulah mendapat pengesahan dari Penyelaras KADUN atau YB di tempat masing-masing , bagi warga EMAS yang telah meninggal pula,wakil mereka boleh mendapatkan borang C untuk RM 100 yang terakhir dan juga Borang Sumbangan Pengurusan Jenazah sebanyak RM 1000..
Rata -rata warga Emas dan waris menyatakan perasaan yang bercampur terharu & gembira walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat ini hanya baru 3 tahun ,mereka telah menghargai sumbangan Warga Emas selama ini selama 50 tahun lebih tidak dipandang oleh UMNO & BN...
Terima Kasih Kerajaan PAKATAN RAKYAT...
No comments:
Post a Comment