Wednesday 13 July 2011

Lawatan Kerja Penyelaras DUN Bayan Lepas 13 Julai 2011

Lawatan Kerja Penyelaras DUN Bayan Lepas (Cikgu Hajjah Asnah Hashim) ke sekitar Teluk Kumbar, DUN Bayan Lepas, bersama YDP PAS Kawasan Bayan Baru, Pengerusi JKKK Teluk Kumbar(Sdr. Rosmadi), 2 orang Pegawai JKM, Penghulu Farouk (Pejabat Daerah), Pak Mohsin & Isteri (Makcik Ani)(orang kuat PAS Teluk Kumbar). Lawatan ke 1. Kpg Matahari Naik, bahagian belakang bumbung rumah rosak sedikit akibat pokok Durian tumbang, sedikit bantuan dihulurkan atas nama PAS. 2. Kpg Masjid/Kpg Matahari Naik, longkang tersumbat dan tak terurus, akan dibawa kepada JPS dan lawatan ke rumah warga Emas berdekatan, sayang masih belum berdaftar sebagai pengundi, pendaftaran SPR akan diuruskan kemudian diikuti pendaftaran wang warga emas. 4. Kpg Suluk, ziarah keluarga susah dimana Tuan rumah ada isteri sakit buah pinggang, abang ipar buta, bersama mak mertua warga emas dan 2 orang anak yg masih bersekolah, bantuan akan diusahakan dan sedikit bantuan dihulurkan atas nama PAS.

No comments:

Post a Comment