Wednesday 17 August 2011

Majlis Penyampaian Bantuan RAYA & Majlis Berbuka Puasa bersama ibu tunggal ,orang kurang berkemampuan di MASJID SG BATU TELUK KUMBAR


Pengerusi Qaryah menerima cenderahati tanda terima kasih

        17 Ogos 2011;17 Ramadhan 1432H: Seramai 24 orang yang terdiri daripada orang yang kurang berkemampuan dan ibu tunggal dikawasan sekitar Teluk Kumbar diraikan bersama dalam majlis Penyampaian sumbangan sempena Ramadhan & Aidilfitri serta Berbuka Puasa di Masjid Sungai Batu .Ini adalah program kebajikan  tahunan Pejabat Pegawai Penyelaras Kadun N38 Bayan Lepas Cikgu Asnah Hashim .Majlis ini di uruskan bersama JKKK Negeri kawasan Sungai Batu yg di ketuai oleh En Romuslan (berjubah putih )dan ajk Qaryah Masjid Sungai Batu bersama bergotong royong menyiapkan juadah berbuka puasa ;sumbangan seekor lembu oleh pihak masjid  dan beberapa keperluan masakan yang disumbangkan oleh Pejabat Pegawai Penyelaras Dun .Sekalung ucapan terima kasih kepada AJK Masjid Qaryah Sungai Batu , JKKK Sungai Batu ,JKKK Bukit Gemuruh , JKKK Teluk Kumbar  dan JKKK Taman Perda. 

lagi gambar-gambar disini




 






No comments:

Post a Comment